Stenson tarik diri Kejohanan Barclays

Stenson tarik diri Kejohanan Barclays

NEW YORK, 26 Ogos – Juara Terbuka British, Henrik Stenson menarik diri daripada Kejohanan Barclays selepas mengalami kecederaan lutut.

Bintang daripada Sweden itu dibawa keluar dari Bethpage Blackm, di Farmingdale selepa merembat pukulan tiga atas par 74 pada pusingan pertama.

“Kesakitan lutut kanan saya, yang memerlukan pembedahan pada bulan Disember 2015, telah muncul semula,” kata Stenson dalam satu kenyataan.

“Malangnya, saya perlu menarik diri minggu ini bagi memberikan masa untuk pemeriksaan MRI dan kita akan memberitahu dari masa ke semasa.”

Aksi Henrik Stenson semasa pusingan pertama Kejohanan Barclays di PGA Tour FedExCup Play-Offs di Black Course, Bethpage State Park, Farmingdale, New York. – AFP
Aksi Henrik Stenson semasa pusingan pertama Kejohanan Barclays di PGA Tour FedExCup Play-Offs di Black Course, Bethpage State Park, Farmingdale, New York. – AFP

Pemain ranking nombor empat dunia itu telah dipersoalkan mengenai kecergasan beliau apabila Eropah bersedia untuk pertembungan perlawanan di Amerika Syarikat bagi Piala Ryder bulan depan.

Pemain berusia 40 tahun itu tiba di New York dan telah memenangi pingat perak dalam acara golf di Sukan Olimpik, Rio de Janeiro. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA