Stephen catat kemenangan pertama

Stephen catat kemenangan pertama

WASHINGTON, 26 Feb (AFP) – Pemain pengawal Golden State Warriors, Stephen Curry mencatatkan rekod NBA dengan three-pointer pertamanya menentang Magic di Orlando semalam.

Three-pointer dari Curry dengan perlawanan berbaki 5:42 pada suku pertama yang menandakan perlawanan ke-128 berturut–turutnya musim ini dengan sekurang–kurangnya satu jaringan dari kawasan lingkaran, memecahkan rekod yang dikongsinya bersama Kyler Korver.

“Ini adalah malam Steph,” kata jurulatih Magic, Scott Skiles. “Dia mengelirukan kami banyak kali. Dia berlari. Dia berhenti. Dia bertenang, memastikan anda untuk berehat, dan dia berlari. Ia berlaku sekurang –kurangnya berdozen kali.

“Ia tidak seperti dia tidak melakukan yang lain,” tambah Skiles. “Dia tidak pernah merasa letih. Dia hanya berlari dan berlari. Ia mengagumkan.”

Tenaga itu adalah kunci bagi Warriors, kata jurulatih, Steve Kerr, malam selepas kejayaan mereka di Miami.

Stephen Curry (30) ketika bersaing dengan Harun Gordon (00) pada separuh kedua permainan bola keranjang di Amway Center. – Reuters
Stephen Curry (30) ketika bersaing dengan Harun Gordon (00) pada separuh kedua permainan bola keranjang di Amway Center. – Reuters

“Pemain kami merasa letih,” kata Kerr. “Tiada keghairahan. Dia seperti memberikan kami semangat malam ini.”

Curry menamatkan dengan 10 three pointer dalam kemenangan Warriors 130-114 ke atas Magic dan memenangi perlawanan ketiganya musim ini sekurang–kurangnya 50 mata.

Dalam tempoh 34 minit di atas gelanggang, dia juga menghasilkan lapan asis dan menghasilkan tujuh rebound.

Dia sekarang mencatatkan 276 three-pointer musim ini-kurang 10 dari rekod yang dilakarnya musim lalu dalam membawa Warriors memenangi mahkota NBA.

Curry menjaringkan 24 mata dalam suku ketiga, termasuk three- pointer dari tengah gelanggang ketika loceng berbunyi yang membolehkan Warriors mencatatkan pendahuluan 99-91 untuk ke permainan terakhir.

ARTIKEL YANG SAMA