Stephen Curry tidak beraksi di Sukan Rio

Stephen Curry tidak beraksi di Sukan Rio

WASHINGTON, 7 Jun – Bintang NBA, Stephen Curry tidak akan beraksi dalam Olimpik 2016 di Rio de Janeiro kerana kecederaan buku lali dan lutut baru-baru ini.

Curry, yang mengetuai Golden State Warriors ke final NBA, membuat pengumuman semalam.

“Selepas memikirkan sedalamnya dan beberapa perbincangan bersama keluarga saya, Warriors dan perwakilan saya, Saya memilih untuk menarik diri daripada senarai pemain yang layak dalam jadual awal pasukan AS bagi Sukan Musim Panas 2016 di Brazil,” kata Curry.

Curry adalah Pemain Paling Berharga NBA dua kali. Dia tidak pernah beraksi dalam Olimpik.

Curry berkata pengalamannya sebelum ini bersama pasukan bola keranjang kebangsaan AS “adalah menarik, hebat dan memberikan pengajaran,” menggelarnya “keputusan yang sukar” untuk tidak beraksi dalam Sukan Rio.

Gambar fail – Stephen Curry ketika menyarung baju USA pada kejohanan akhir bola keranjang dunia 2014. – AP
Gambar fail – Stephen Curry ketika menyarung baju USA pada kejohanan akhir bola keranjang dunia 2014. – AP

Dia memetik kecederaan buku lali dan lututnya, yang berkata “Saya percaya ini adalah keputusan terbaik bagi saya pada peringkat kerjaya saya ketika ini.”

“Ia adalah satu penghormatan untuk mewakili negara anda dan memakai “USA” di dada anda, tetapi objektif awal berhubung kait bola keranjang musim panas ini perlu untuk fokus ke atas tubuh saya dan bersedia bagi musim NBA 2016-17,” katanya. – dpa

Curry terlepas empat perlawanan ketika musim selepas Warriors, tetapi kembali ke barisan pada 9 Mei dan membantu mengetuai Warriors bagi kali kedua berturut –turut dalam NBA Finals. – dpa