Stephen King antara penulis protes Trump

Stephen King antara penulis protes Trump

NEW YORK, 25 Mei – Beberapa penulis terkemuka Amerika Syarikat (AS) termasuk Stephen King, Junot Diaz dan Jennifer Egan, membantah cara Donald Trump menggunakan kata-kata.

Mereka adalah sebahagian daripada 400 penulis yang turut serta meletakkan nama mereka minggu ini dalam sebuah surat atas talian yang mengutuk calon Presiden mewakili Republikan itu berikutan “pendekatan tanpa prinsip moral dan elemen paling ganas dalam masyarakat.” Petisyen itu “tanpa ragu-ragu” menentang pemilihan Trump.

Selain itu, turut menyokong adalah Amy Tan, Cheryl Strayed, Michael Chabon dan pengarang “Lemony Snicket” Daniel Handler.

Surat itu tidak termasuk sokongan terhadap seorang daripada dua calon Demokrat iaitu bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton atau Senator Vermont, Bernie Sanders. – AP