Sterling lonjak City

Sterling lonjak City

MANCHESTER, United Kingdom, 9 Dis – Raheem Sterling meraikan ulang tahunnya yang ke-21 dengan menjaringkan gol sehingga Manchester City menduduki tangga teratas Kumpulan D Liga Juara–Juara selepas menewaskan Borussia Moenchengladbach 4-2 semalam.

City ketinggalan 10 minit sebelum tamat selepas jaringan Julian Korb dan Raffael membatalkan jaringan pembukaan David Silva pada minit ke-16, tetapi kebangkitan tuan rumah menyaksikan Sterling menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit untuk meletakkan City di depan sebelum pemain gantian Wilfried Bony menambah gol keempat.

Keadaan itu meletakkan pasukan Manuel Pellegrini di atas Juventus yang tewas 1-0 kepada Sevilla di Sepanyol dalam satu lagi aksi kumpulan dan Gladbach terlepas peluang sagu hati untuk kemunculan dalam Liga Europa.

“Apabila kami mendapat undian pada Ogos, semua orang berkata ia adalah kumpulan maut dengan semua liga terbaik dalam kumpulan sama. Jadi untuk layak dua perlawanan sebelum (berakhir) adalah penting dan jika kami boleh menang kumpulan, ia lebih baik. Kami bermain tidak begitu bagus pada separuh masa pertama, tetapi kami melakukan dengan bijak pada separuh masa kedua,” Pellegrini memberitahu BT.
Kegagalan City untuk menyelamatkan kedudukan teratas kumpulan menyaksikan mereka terlepas dua musim sebelumnya yang mereka kecapi dalam fasa kalah mati, apabila tewas dua kali kepada Barcelona dalam pusingan 16, tetapi sekarang menghampiri undian selamat pada Isnin untuk mengetahui sama ada Barcelona, Real Madrid mahu pun Bayern Munich akan menanti pada pusingan seterusnya.

Sterling menjaringkan gol semasa menentang Moenchengladbach di Stadium Etihad, semalam. – Reuters
Sterling menjaringkan gol semasa menentang Moenchengladbach di Stadium Etihad, semalam. – Reuters

Gladbach menewaskan Bayern 3-1 Sabtu lalu untuk menjadi pasukan pertama melakukannya dalam Bundesliga musim ini, tetapi tiga hari berlalu mendapati diri mereka dalam perlawanan Eropah selepas kekalahan pertama kendalian jurulatih Andre Schubert dalam 13 perlawanan.

“Kami kecewa pada satu sudut, tetapi kami gembira kami menghasilkan beberapa persembahan terbaik dan mewakili Jerman dalam kumpulan sukar sebagai pendatang baru,” kata Schubert.

Dengan Sergio Aguero masih merawat masalah tumit dan Bony bermula di bangku simpanan, Sterling mendahului barisan City di Stadium Etihad, dan selepas ancaman awal Korb, dia mencipta jaringan pembukaan. – AFP