Stesen minyak jadi tumpuan

Stesen minyak jadi tumpuan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai Sudah menjadi kelaziman sehari sebelum 1 Syawal, stesen-stesen minyak menjadi tumpuan orang ramai kerana kebanyakan stesen-stesen minyak ditutup pada tiga hari pertama raya dan tahun ini juga tidak ketinggalan apabila barisan panjang dapat dilihat dari pagi lagi.

Tinjauan Media Permata ke beberapa stesen minyak di Daerah Brunei dan Muara, hari ini, menyaksikan deretan kereta yang panjang untuk memasuki stesen-stesen minyak, malah terdapat sebilangan stesen kehabisan bekalan minyak tertentu kerana permintaan yang banyak dan terpaksa menantikan bekalan minyak untuk tiba.

Salah seorang pelanggan yang enggan menyatakan namanya memberitahu Media Permata bahawa perkara ini memang dijangkakan terjadi pada setiap tahun pada musim perayaan.

Menurutnya, walaupun belum terdapat kepastian (siang tadi, sebelum pengumuman hasil merukyah anak bulan) baha-wa umat Islam akan menyam-but Hari Raya Aidilfitri pada esok hari atau hari berikutnya, namun inilah peluang untuk umat Islam di negara ini membuat persiapan terakhir mereka.

ATAS & BAWAH: Keadaan stesen minyak yang penuh sesak dengan deretan kereta.
ATAS & BAWAH: Keadaan stesen minyak yang penuh sesak dengan deretan kereta.

p04-2_20160706

Kebanyakan stesen minyak di Daerah Brunei dan Muara akan ditutup pada Hari Raya Pertama dan hanya empat stesen minyak terpilih yang dibuka iaitu Berakas Service & Filling Station, Jalan Pasir Berakas bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam; IBA Petrol Station & Trading, Lambak Kanan bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 malam; Syarikat Amanah Haji Abdullah, Kampung Kilanas, bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 malam; Stesen Minyak Tasamul, Lumapas yang dibuka pada pukul 6 petang hingga 8 malam. Manakala Stesen Minyak Hanas, Kampung Peramu, bermula pukul 5 pagi hingga 7 malam bagi stesen minyak Kampung Ayer.

Di Daerah Tutong pula hanya tiga stesen minyak yang dibuka iaitu Stesen Minyak Kodrat, Kampung Lamunin dari pukul 6:30 pagi hingga 9 malam; Stesen Minyak Kopeklap, 9:30 pagi hingga 9:30 malam; dan Syarikat Stesen Minyak Telesai, 1:30 petang hingga 8 malam.

Bagi Daerah Belait pula, dua stesen minyak akan ditutup daripada enam stesen minyak yang ada pada Hari Raya Pertama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai waktu stesen minyak yang dibuka semasa Hari Raya Aidilfitri nanti bolehlah melayari laman sesawang www.bsm.com.bn.

ARTIKEL YANG SAMA