Stesen minyak Jangsak diharap buka lebih awal

Stesen minyak Jangsak diharap buka lebih awal

KITA ucapkan tahniah kepada PERKIRA (Persatuan Bekas Pegawai dan Kakitangan Kerajaan) yang telah berjaya menjalankan perniagaan stesen minyak di Jangsak, Jalan Gadong. Sebagaimana yang kita semua maklum Jalan Gadong selepas lampu isyarat simpang Gadong – Jalan Tutong sentiasa sibuk pada sebelah pagi bermula seawal jam 6 pagi terutama pada hari bekerja, Isnin hingga Sabtu.

Sebelum adanya stesen minyak PERKIRA di Jangsak, pemandu yang ingin mengisi minyak perlu ke stesen minyak di Kilanas yang dibuka seawal jam 6 pagi. Walaupun kini sudah ada stesen minyak di Jangsak, namun masih ramai juga kenderaan mengisi minyak stesen minyak di Kilanas yang dibuka lebih awal berbanding stesen minyak PERKIRA di Jangsak, yang dibuka jam 6:30 pagi.

Sehubungan itu, suka saya mencadangkan stesen minyak PERKIRA dibuka lebih awal bagi kemudahan orang ramai. Bak pepatah Inggeris; “The early bird catchers the worms.” Saya percaya langkah ini akan menambahkan lagi pendapatan stesen minyak PERIKIRA di Jangsak. – Orang Kampung Jangsak

ARTIKEL YANG SAMA