Stesen minyak Kampung Jangsak mula operasi

Stesen minyak Kampung Jangsak mula operasi

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Sebuah bangunan stesen minyak berkonsep pintar milik Koperasi Usahajaya Perkira Berhad (KUP) di Kampung Jangsak akan mula beroperasi esok 1 Ogos 2016, pukul 6 pagi.

Penyerahan kunci bangunan stesen minyak berkenaan disempurnakan petang tadi oleh wakil Syarikat SRBB, Hajah Halimah binti Haji Hamzah kepada Pengerusi KUP Berhad, Pengiran Dato Paduka Haji Jaludin bin Pengiran Mohd Limbang.

Stesen minyak yang menelan belanja sebanyak hampir $2 juta itu mempunyai seramai 12 orang atendan pam dan merupakan stesen minyak pertama di Kampung Jangsak.

Hajah Halimah menyerahkan replika kunci stesen minyak baru kepada Pengiran Dato Paduka Haji Jaludin, kelmarin.
Hajah Halimah menyerahkan replika kunci stesen minyak baru kepada Pengiran Dato Paduka Haji Jaludin, kelmarin.

Stesen minyak tersebut merupakan sebuah stesen minyak yang mempunyai teknologinya tersendiri dan bakal menjadi peneraju bagi stesen-stesen minyak di negara ini pada masa akan datang. Lokasinya yang strategik akan memberikan pengguna sebuah tempat mengisi minyak yang selesa.

Sementara itu persekitarannya luas juga akan dapat dipelbagaikan dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti yang terdapat di stesen minyak di negara-negara jiran.

ARTIKEL YANG SAMA