Stesen tenaga meletup, ragut 21 jiwa

Stesen tenaga meletup, ragut 21 jiwa

BEIJING, 11 Ogos – Satu saluran paip meletup di stesen tenaga di China telah mengorbankan kira-kira 21 orang dan mencederakan lima lagi hari ini, lapor perkhidmatan berita rasmi Xinhua.

Letupan itu, yang Xinhua katakan berlaku dalam saluran paip stim bertekanan tinggi, muncul sehari sebelum ulang tahun pertama letupan besar yang membunuh sekitar 165 orang di bandar pelabuhan utara Tianjin.

Insiden terbaru itu berlaku di kilang tenaga batu arang di Dangyang, di tengah wilayah Hubei, dan usaha menyelamat sedang dijalankan, menurut laporan.

Gambar daripada peristiwa itu menunjukkan kerangka konkrit dan aram-aram besi terdampar di cerobong asap.

Kerajaan tempatan berkata ia sedang menyiasat puncanya.

Tiga orang yang cedera parah telah dirawat di hospital, menurut laporan.

Akhbar itu berkata syarikat yang mengoperasi kilang yang membakar batu arang itu berdaftar bagi jana kuasa tenaga dan menjual sanga abu dan produk petroleum. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA