Stesen TV diserbu siar dokumentari ‘palsu’

Stesen TV diserbu siar dokumentari ‘palsu’

COLOMBO, Sri Lanka, 8 Sept – Polis di Maldives telah menyerbu pejabat salah satu laman web berita terkemuka di negara itu tidak lama selepas televisyen menyiarkan sebuah dokumentari yang menuduh presiden negara terlibat dalam rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Zaheena Rasheed, penyunting bebas Maldives, hari ini berkata bahawa pejabat beliau diserbu oleh pihak polis yang mengemukakan waran mahkamah atas dakwaan ‘konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.’

Polis merampas rakaman kamera keselamatan dan pemacu keras komputer dalam serbuan kelmarin.

“Memandangkan ia berlaku hanya beberapa jam selepas dokumentari Al Jazeera disiarkan, ia telah mengganggu kerja kami,” kata Rasheed.

Rasheed merupakan antara mereka yang ditemu duga untuk dokumentari yang disiarkan oleh rangkaian Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar.

Katanya, dia meninggalkan negara ini lebih awal daripada siaran selepas menerima ancaman berulang kali mengenai pendakwaan di bawah undang-undang yang berkaitan di negara ini.

“Siasatan telah melaporkan bahawa kes itu merupakan hasutan kepada keganasan.

Bangunan diperiksa di bawah waran mahkamah,” kata polis Maldives dalam tweeter. – AP

ARTIKEL YANG SAMA