Steve: Keputusan seri belum memadai

Steve: Keputusan seri belum memadai

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean menegaskan satu gol tidak memadai untuk mengesahkan kemenangan anak didiknya ketika menentang pasukan Garena Young Lion di Stadium Jalan Besar yang berakhir dengan kedudukan seri 1-1.

Mengulas mengenai perlawanan semalam itu, beliau menjelaskan bahawa penguasaan dalam perlawanan tidak mencukupi kerana kita memerlukan penyudah dan jaringan untuk berada di hadapan.

Menurutnya lagi, Brunei DPMM FC tampak sedikit gugup dalam perlawanan berkenaan dan ia membuatkan pasukan tuan rumah dapat menghidu dan mencuri peluang untuk mengikat kedudukan dan berkongsi mata.

“Meskipun begitu saya berpuas hati dengan persembahan para pemain pada babak pertama perlawanan, namun sangat kecewa dengan corak permainan yang dipersembahkan pada separuh masa kedua,” ujar Steve.

Steve Kean ketika mengulas mengenai perlawanan itu baru-baru ini.
Steve Kean ketika mengulas mengenai perlawanan itu baru-baru ini.

Sementara itu, Penolong Jurulatih Garena Young Lion, V. Selvaraj melahirkan rasa berbesar hati dengan persembahan anak buahnya setelah kalah besar di tangan Tampines Rovers FC 6-1 minggu lalu.

“Pada saya perlawanan menentang Brunei DPMM FC adalah suatu yang positif kerana saya nampak para pemain sedikit murung selepas kekalahan tempoh hari dan usaha serta komitmen pemain amat saya puji,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA