STG75j harga Lukaku untuk Chelsea

STG75j harga Lukaku untuk Chelsea

ONDON, 22 Julai – Everton mungkin menuntut STG75 juta daripada Chelsea yang dilihat masih tetap dengan pendirian mereka mahu mendapatkan Romelu Lukaku (gambar).

Kelab Stamford Bridge itu bersungguh-sungguh ingin menambah Alvaro Morata dalam skuad mereka tetapi ditolak dalam pendekatan mereka untuk menandatangani penyerang Sepanyol itu ketika ini.

Morata sentiasa menjadi pilihan pertama Antonio Conte tetapi Lukaku adalah antara penyerang yang dia suka.

Bagaimanapun, Everton membuat rancangan untuk mengekalkan pemain Belgium itu dan sudah menawarkan kontrak baharu selain meletakkan harga di luar jangkauan Chelsea dengan nilai lebih tinggi berbanding STG 65 juta sebelum ini.

Conte kekal dalam persaingan dengan Everton untuk mendapatkan pertahanan tengah Napoli, Kalidou Koulibaly, ejennya berada di London Jumaat lalu, tetapi pada masa yang sa-ma dia juga tidak berputus asa untuk mengikat Kostas Manolas dari Roma.

pg20_160723_c

Sementara itu, West Ham dan AC Milan sedang menunggu keputusan dari Carlos Bacca selepas kedua-dua kelab berkenaan bersetuju dengan satu bayaran untuk pemain antarabangsa Colombia itu.

Jack Sullivan, anak kepada pengerusi bersama West Ham mengesahkan menerusi Twitter bahawa mereka juga mengharapkan perjanjian pinjaman penyerang Argentina, Jonathan Calleri dari Deportivo Maldonando.

“Kami sudah bersetuju satu bayaran dengan AC Milan untuk Bacca dan dia berkata, dia akan memberitahu kami dalam tempoh 48 jam akan datang jika dia akan berhijrah !!”

“Calleri sudah bersetuju untuk datang (sertai West Ham), namun tertakluk kepada permohonan permit kerja dalam tempoh seminggu.” – kata Jack.

Bekas pemain pinjaman West Ham, Alex Song pula sudah bersetuju untuk menyertai Rubin Kazan dari Barcelona. – Agensi