Stok bekalan minyak sawit pada Mei susut

Stok bekalan minyak sawit pada Mei susut

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Jumlah bekalan minyak sawit Malaysia pada Mei 2016 susut 8.78 peratus kepada 1.65 juta tan berbanding 1.80 juta tan yang direkodkan pada April 2016, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Stok minyak sawit mentah (MSM) pada Mei 2016 susut 9.20 peratus kepada 884.29 juta tan berbanding 973.85 juta tan pada April manakala minyak sawit yang diproses merosot 8.28 peratus kepada 761.32 juta tan pada Mei, katanya menerusi satu kenyataan.

Jumlah pengeluaran MSM meningkat 4.86 peratus kepada 1.36 juta tan pada Mei 2016 berbanding 1.30 juta tan yang dicatatkan pada April.

MPOB juga berkata eksport biodiesel meningkat ketara kepada 20,872 tan berbanding 116 tan pada April.

Eksport minyak sawit meningkat 9.33 peratus kepada 1.28 juta tan pada Mei berbanding 1.17 juta tan pada April.

Sementara itu, import MSM meningkat 73.02 peratus kepada 9,522 tan, namun import minyak sawit susut 52.09 peratus kepada 20,024 tan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA