Stoke cemas di Goodison Park

Stoke cemas di Goodison Park

LIVERPOOL, 29 Dis – Marko Arnautovic berjaya menyudahkan tendangan penalti apabila Stock City menumpaskan Everton 4-3 dalam perlawanan menyeronokkan di Goodison Park semalam.

Arnautic mengalahkan Tim Howard pada masa kecederaan selepas pemain penyerang Austria itu dijatuhkan apabila dicabar oleh John Stones di dalam kotak penalti.

Keputusan itu adalah kesudahan dramatik apabila Everton gagal mengutip sebarang mata meskipun Romelu Lukaku menjaringkan dua gol yang menjadikan jumlah jaringannya menjadi 11 gol dalam 10 permainan terakhirnya dan setara dengan Jamie Vardy dari Leicester City di atas carta para penjaring Liga Perdana dengan 15 gol musim ini.

Keputusan itu juga adalah kekalahan berturut-turut kali kedua di tempat sendiri bagi Everton dan tamparan hebat bagi harapan Eropah mereka, manakala Stoke menyusuli kemenangan 2-0 mereka ke atas Manchester United pada Boxing Day untuk mengatasi penentang mereka dan menduduki tempat kelapan.

Pengurus Everton Roberto Martinez berang dengan pengadil Mark Clattenburg kerana memberikan penalti.

“Itu adalah salah. Seseorang yang dengan pengalaman sepertinya seharusnya memahami lebih sedikit akan permainan ,” ujarnya. “Jelas John Stones dapat menyentuh bola dan dari situ anda boleh melihat ada keraguan dari pengadil.” – AFP

Pemain Stoke, Arnautovic (kiri) meraikan gol keempat Joselu semasa menentang Everton, kelmarin. – Reuters
Pemain Stoke, Arnautovic (kiri) meraikan gol keempat Joselu semasa menentang Everton, kelmarin. – Reuters