Stoke tambah duka Mourinho

Stoke tambah duka Mourinho

LONDON, 28 Okt (AFP) – Eden Hazard mensia-siakan sepakan penalti ketika Stoke City menambah duka pengurus Chelsea, Jose Mourinho dengan kemenangan dalam Piala Liga semalam.

Selepas Jon Walters meletakkan Stoke di depan dengan rembatan dari jarak 20 ela di Stadium Britannia, pemain gantian Chelsea, Loic Remy yang menggantikan Deigo Costa yang mengalami kecederaan, menjaringkan gol penyamaan masa kecederaan untuk menukar kedudukan seri 1-1.

Selepas seri tanpa jaringan pada masa tambahan, sembilan sepakan penalti pertama dalam penentuan semuanya disempurnakan, hanya Hazard menyaksikan sepakan ke-10 ditepis oleh penjaga gol Stoke, Jack Butland, yang memberikan kekalahan kesembilan Chelsea musim ini dan mengetepikan pasukan juara itu.

Ketika mempertahankan persembahan pasukannya itu, Mourinho berkata: “Apa yang dilakukan pemain malam ini adalah berdepan sebahagian daripada mereka yang menulis, bercakap dan berkata: ‘Anda bodoh’”.

Mourinho memerhatikan pasukannya menentang Stoke City dalam aksi Piala Liga semalam. – Reuters
Mourinho memerhatikan pasukannya menentang Stoke City dalam aksi Piala Liga semalam. – Reuters

“Apa yang ditulis dan dikatakan sebahagian daripada mereka adalah teruk bagi para pemain. Mungkin mereka merasakan pemain saya seperti pasukan apabila mereka menjadi pemain. Pemain saya tidak melakukannya. Mereka cuba segala-galanya.

Penyingkiran Chelsea berlaku selepas tewas 2-1 di West Ham United Sabtu lalu, yang menyaksikan Mourinho menghadapi dakwaan salah laku daripada FA selepas dihantar ke tempat duduk, dan memberikan tekanan ke atas jurulatih dari Portugal itu menjelang kunjungan ke Liverpool dalam aksi Liga Perdana Sabtu ini.

Dengan Chelsea sekarang berada di tangga ke-15 liga dan tiga dalam kumpulan Liga Juara–Juara, akhbar–akhbar British membuat sepkulasi bahawa Mourinho mungkin dipecat jika kedudukan mereka tidak meningkat.

ARTIKEL YANG SAMA