Stone, pilihlah United – Ferdinand

Stone, pilihlah United – Ferdinand

LONDON, 4 Ogos (Reuters) – Bekas pemain antarabangsa England, Rio Ferdinand merasakan John Stones dari Everton akan memilih Manchester United berbanding Chelsea jika pemain pertahanan itu mahu beraksi lebih kerap.

Juara Chelsea menyaksikan bidaan untuk pemain pertahanan berusia 21 tahun itu ditolak dengan kelab lain termasuk United juga bersaing, menurut laporan media British.

“Jika dia memilih Man United, dia akan beraksi setiap minggu jadi United adalah kelab yang tepat baginya,” kata bekas kapten England dan pemain pertahanan, Ferdinand.

“Jika dia pergi ke Chelsea, dia tidak akan beraksi setiap minggu. Dia berada pada usia peringkat perkembangan di mana dia mahu beraksi setiap minggu.

“Jika anda berkata kepada mana–mana pemain muda untuk meninggalkan kelab semata-mata untuk duduk di bangku simpanan, anda seorang yang gila.

Rio Ferdinand lebih mengharapkan John Stones akan memilih Manchester United berbanding Chelsea. - Reuters
Rio Ferdinand lebih mengharapkan John Stones akan memilih Manchester United berbanding Chelsea. – Reuters

Ferdinand percaya bekas kelabnya, United perlu untuk mengukuhkan pertahanan mereka.

“Saya tidak rasa (jurulatih Louis van Gaal) tahu pertahanan terbaiknya – itu yang menjadi masalah,” tambah Ferdinand, 36, yang bersara pada akhir musim lalu.

“Sebahagian daripada alasan yang dia tidak tahu adalah kerana dia tidak berpeluang untuk menyaksikan semua mereka beraksi buat masa yang lama – secara konsisten bagi 12 atau 15 perlawanan.

“Jika anda tidak begitu mengenali antara anda sebagai pemain pertahanan, sukar untuk membangunkan asas.”