Stones mohon tinggalkan Toffees

Stones mohon tinggalkan Toffees

LONDON, 26 Ogos (AFP) – Pertahanan Everton John Stones menyerahkan permohonan perpindahan dalam usaha untuk memujuk kelabnya untuk menjual beliau kepada Chelsea, menurut laporan semalam.

Stones adalah sasaran utama pengurus Chelsea Jose Mourinho ketika dia memburu untuk meningkatkan pilihan pertahanan tetapi Everton menolak tiga tawaran untuk pemain antarabangsa England itu dan kini dia cuba melakukan perkara itu sendiri.

Selepas bidaan terbaru Chelsea untuk 30 juta pound (AS$47 juta) ditolak oleh pasukan Goodison Park itu, Stones secara meluasnya melaporkan menyuarakan hasrat untuk keluar sebelum latihan semalam.

Bagaimanapun, Everton bertegas untuk menahan pemain berusia 21 tahun itu dan pengurus Roberto Martinez menegaskan pertahanan itu tidak akan dijual.

Martinez enggan berbincang tentang tindak balas kelab jika pemain itu menyerahkan permohonan perpindahan apabila ditanya semalam.

“Tidak ada apa perlu yang diperkatakan mengenainya. Sekali lagi, ia persoalan sama dan jawapan yang selalu sama. Satu perkara yang penting sekarang ialah permainan ada di depan kami. Tidak ada yang diumumkan atau dibincangkan,” katanya.

“Saya tahu tugasan anda untuk terus bertanya soalan yang sama dan malangnya tugas saya dalam kes ini ialah untuk memberikan jawapan yang sama,” kata Martinez lagi.

Tetapi biarpun keazamanan Martinez untuk mengekalkan Stones, yang menyertai Everton dari Barnsley dengan tiga juta pound pada Januari 2013, pemain muda itu yakin dia boleh memujuk kelab untuk menjualnya sebelum tarikh akhir perpindahan 1 September ini.

Jika dia bersama juara Liga Perdana, Stones akan menambah kekuatan pertahanan Chelsea yang diperlukan selepas John Terry dan Gary Cahill nampak berhempas pulas musim ini.