Stor musnah dijilat api

Stor musnah dijilat api

Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Sebuah stor jenis banglo musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Simpang 23, Kampung Kiarong kelmarin.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat, mereka telah menerima panggilan kecemasan pada jam 4:17 petang dan mengerahkan dua jentera bomba dari Balai Bomba Beribi dan Bandar Seri Begawan yang berjaya mengawal kebakaran dalam masa tiga minit.

Seramai 13 orang anggota Bomba dan Penyelamat telah bertungkus-lumus mengawal kebakaran tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Bomba, Awang Embran bin Haji Yakub.

Hasil siasatan bomba mendapati kebakaran stor yang dimiliki oleh Haji Elias bin Haji Metusin itu berpunca daripada api parunan (bekas kayu dibakar) yang ditinggalkan. Kerugian dianggarkan $500 dan tiada korban jiwa dilaporkan.

ARTIKEL YANG SAMA