Stor perabot hangus

Stor perabot hangus

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Sebuah unit yang dijadikan sebagai stor penyimpanan perabot di Tingkat 2, Bangunan Haji Mohd Yassin bin Haji Adam, Kampung Sengkurong ‘A’, hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Anggota bomba berserta dua buah jentera bomba dari Balai Bomba Jerudong dan dua buah dari Balai Bomba Pengkalan Batu telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi operasi memadam dengan diketuai oleh Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Haji Junaidi bin Gunong.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9:15 pagi. Operasi memadam turut mendapat bantuan jentera dari Balai Bomba Beribi, Balai Bomba Berakas dan Balai Bomba Rimba.

Anggota-anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran stor penyimpanan perabot di Sengkurong, pagi kelmarin.
Anggota-anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran stor penyimpanan perabot di Sengkurong, pagi kelmarin.

Sebaik saja tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati api besar di bahagian tingkat dua bangunan tersebut, bagaimanapun, api telah dapat dikawal dalam masa enam minit.

Punca kebakaran dipercayai daripada penyambungan yang longgar di bahagian meter prabayar yang disambung dengan papan agihan.

Anggaran kerugian masih ditaksirkan.

ARTIKEL YANG SAMA