STPRI juarai Kejohanan Bola Jaring Sekolah-sekolah

STPRI juarai Kejohanan Bola Jaring Sekolah-sekolah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Mujahid Johar

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Pasukan Sekolah Tinggi Perempuan Raja isteri (STPRI) muncul juara dalam Kategori C Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam selepas berjaya menumpaskan Pasukan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dengan mata 20-9.

Sementara itu satu lagi Pasukan STPRI melangkah peringkat akhir bagi kategori B, namun pasukan berkenaan tewas tipis di tangan Sekolah Menengah (SM) Chung Hwa dengan jaringan 16-15 pada perlawanan yang diadakan di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Pengetua Akademik SM Sayyidina Umar Al-Khattab, Hajah Rosiah binti Haji Gharif.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama finalis dalam Kategori B.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama finalis dalam Kategori B.

Berada di tempat ketiga Kategori B dan C pula ialah Pasukan SM Sultan Hassan, sementara Anugerah Penjaring Gol Terbanyak dalam Kategori B diberikan kepada Dayang Nurmai Saqdatul Aqillah binti Haziman dari STPRI dan bagi Kategori C pula penjaring terbanyak disandang oleh Livia Leong Hui SM Chung Hwa

Sementara itu dua pemain dari STPRI dinobatkan menjadi pemain terbaik kejohanan iaitu Siti Nor Adawiyah bin Yusof bagi Kategori B dan Kategori C pula disandang oleh Noor Rasidah bin Ibrahim.

ARTIKEL YANG SAMA