STPRI ungguli bola jaring Zon I

STPRI ungguli bola jaring Zon I

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) hampir menyapu bersih kedua-dua emas yang dipertandingkan dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Menengah Zon 1 2015 namun berpuas hati dengan kejayaan merangkul emas Kategori C dan perak Kategori B.

Dalam perlawanan akhir Kategori C (Bawah 17 Tahun), STPRI ternyata unggul apabila mudah menewaskan Sekolah Menengah (SM) Sultan Hassan, Temburong dengan jaringan besar 37-6, namun sedikit hampa apabila tewas tipis 13-15 kepada SM Chung Hwa pada final Kategori B (Bawah 15 Tahun).

Manakala kedua-dua pasukan yang tewas pada peringkat separuh akhir dalam kedua-dua kategori telah diumumkan selaku pemenang tempat ketiga bersama.

SM Sultan Hassan yang tewas 3-18 kepada SM Chung Hwa dan SM Awang Semaun yang kalah 3-11 kepada STPRI memenangi tempat ketiga bersama Kategori B, manakala Sekolah Sukan yang ditewaskan STPRI 0-21 dan SM Awang Semaun yang ditundukkan SM Sultan Hassan adalah pemenang tempat ketiga bersama Kategori C.

STPRI meraih emas Kategori C dan perak Kategori B dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Menengah Zon 1.
STPRI meraih emas Kategori C dan perak Kategori B dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Menengah Zon 1.

Hadir menyaksikan kedua-dua perlawanan akhir di Arena Puteri, STPRI berkenaan petang kelmarin dan seterusnya berkesudian untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah ialah Pengetua STPRI, Hajah Susilawati binti Dato Paduka Haji Muhammad selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pengendali Kejohanan.

ARTIKEL YANG SAMA