Strategi baru Real

Strategi baru Real

MADRID, 23 Jun (AFP) – Jurulatih baru Real Madrid Rafael Benitez semalam berkata, gergasi Sepanyol itu akan bermain bola sepak menyerang di bawah penyeliaan beliau dan akan menandatangani pemain baru sebelum musim bermula.

“Kami ada pemain penyerang, jadi idea permainan kami adalah menyerang,” katanya dalam satu temu bual yang disiarkan di laman web Real Madrid.

“Gaya kami bermain berdasarkan bola sepak menyerang dengan menguasai bola sekerap yang boleh dan menggerakkan bola dengan pantas tanpa hilang keseimbangan antara serangan dan pertahanan,” katanya.

Benitez, 55, menandatangani perjanjian tiga tahun bulan ini untuk mengambil alih kelab Sepanyol itu di mana beliau memulakan kerjaya jurulatih di kalangan belia awal 1990-an.

Bekas jurulatih Liverpool itu boleh bergantung kepada dua pemain baru tahun depan – bek kanan Brazil Danilo dan pertahanan midfield Brazil Casemiro yang ditandatangani Real Madrid dari pasukan Portugal, Porto awal tahun ini. Ketika ditanya sama ada kelab itu akan menandatangani pemain baru, bekas pengurus Liverpool itu berkata: “Sudah tentu.”

Rafael Benitez (kiri) berkata, Real Madrid akan bermain bola sepak menyerang di bawah penyeliaannya. – AFP
Rafael Benitez (kiri) berkata, Real Madrid akan bermain bola sepak menyerang di bawah penyeliaannya. – AFP

“Danilo dan Casemiro sebagai contoh, adalah penting dan kelab berusaha setiap hari untuk meningkatkan tahap pasukan dengan menandatangani pemain yang boleh membantu kita menangani cabaran di hadapan,” katanya ditambah.

“Tetapi biar saya katakan bahawa meningkatkan skuad semasa Real Madrid amat sukar. Pasukan ini telah memenangi segala-galanya dan telah menunjukkan tahap mereka. Peminat boleh yakin bahawa skuad ini mempunyai tahap daya saing yang dituntut oelh kelab.”

Benitez menggantikan jurulatih dari Itali Carlo Ancelotti yang dipecat oleh Real Madrid hanya setahun selepas beliau membantu penantian lama kelab untuk merangkul Piala Eropah ke-10.

Beliau kembali ke Sepanyol untuk kali pertama sejak sedekad selepas menempa nama dengan dua kejuaraan liga dalam tiga tahun di Valencia antara 2001 dan 2004. Namun gagal meraih gelaran liga dalam 11 tahun sejak meninggalkan Valencia untuk menyertai Liverpool.