Strategi Loew berkesan

Strategi Loew berkesan

BORDEAUX, Perancis, 3 Julai – Pengendali Jerman, Joachim Loew melakukan kejutan dalam kesebelasan utamanya bagi pertembungan suku akhir Euro 2016 menentang Itali, sebentar tadi dengan me-nguatkan jentera pertahanan.

Loew membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan pemain tengah, Julian Draxler dan memberi peluang kepada pertahanan, Benedikt Hoewedes yang muncul satu daripada pemain utama Jerman menjuarai Piala Dunia pada 2014.

Loew memuji pemain kurang berpengalaman pasukan itu yang memenangi penentuan penalti dramatik mereka ketika menentang Itali, sekali gus meletakkan juara dunia itu dalam empat pasukan terakhir di Euro 2016.

Ketika bintang berpengalaman seperti Thomas Mueller, Mesut Ozil dan kapten Bastian Schweinsteiger gagal menyudahkan sepakan mereka, Joshua Kimmich yang hanya membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan pada Mei, berjaya menyempurnakan penalti.

Reaksi Loew semasa perlawanan suku akhir bola sepak Euro 2016 antara Jerman dan Itali, di Nouveau Stade di Bordeaux, Perancis. Loew melakukan kejutan dalam kesebelasan utamanya bagi pertembungan suku akhir Euro 2016 menentang Itali, sebentar tadi dengan menguatkan jentera pertahanan. - AP
Reaksi Loew semasa perlawanan suku akhir bola sepak Euro 2016 antara Jerman dan Itali, di Nouveau Stade di Bordeaux, Perancis. Loew melakukan kejutan dalam kesebelasan utamanya bagi pertembungan suku akhir Euro 2016 menentang Itali, sebentar tadi dengan menguatkan jentera pertahanan. – AP

Beberapa minit selepas itu Jonas Hector yang hanya memiliki 19 penampilan antarabangsa, menyempurnakan sepakan penalti penentuan untuk memberikan Jerman kemenangan 6-5.

“Lazimnya, kami mempunyai pengambil sepakan penalti yang baik, walaupun mereka tidak menjaringkan hari ini,” kata Loew selepas perlawanan itu.

“Pemain berpengalaman gagal menyudahkan sepakan dan pemain muda menjaringkan gol.

“Ia adalah hebat dengan pemain muda seperti Kimmich dan Hector, dalam kejohanan utama pertama mereka, mengatasi perasaan gemuruh mereka di atas padang. – AFP