Strategi Sarawak pikat pelancong

Strategi Sarawak pikat pelancong

KUCHING, 13 Dis (UB) – Kementerian Pelancongan mengenal pasti strategi utama bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini menjelang 2016.

Menjelaskan perkara itu, Menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, strategi utama harus dilaksanakan segera ialah menambah baik serta menaik taraf kemudahan taman negara terdapat di negeri ini.

Katanya, kemudahan dan fasiliti berkualiti serta memberi keselesaan kepada pengunjung dari dalam mahupun luar negeri mampu mencerminkan sektor pelancongan Sarawak sebagai sektor terbaik di mata dunia.

“Kementerian akan bekerjasama dengan Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tujuan menaik taraf taman negara di negeri ini.