Studio ‘A’ juara Futsal Antara Bahagian RTB

Studio ‘A’ juara Futsal Antara Bahagian RTB

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Studio ‘A’ dan News terikat 1-1 di perlawanan akhir Kejohanan Futsal Antara Bahagian RTB Sempena 40 Tahun Perkhidmatan Televisyen 2015 namun kejuaraan menjadi milik Studio ‘A’ apabila menang 2-1 menerusi sepakan penalti penentuan.

Akariva ‘A’ dan OB ‘2’ memenangi tempat ketiga bersama selepas kedua-dua pasukan berkenaan tewas pada peringkat separuh akhir iaitu Akariva ‘A’ tewas 0-1 kepada News manakala OB ‘2’ kalah 1-2 kepada Studio ‘A’.

Studio ‘A’ cemerlang dalam peringkat kumpulan dengan catatan empat kemenangan iaitu 2-0 ke atas Rancangan ‘3’, 3-1 ke atas Rancangan ‘1’, 3-0 ke atas OB ‘3’ dan 1-0 ke atas Admin untuk menjuarai Kumpulan A dengan 12 mata maksimum.

JUARA...Pasukan Studio ‘A’yang muncul juara Kejohanan Futsal Antara Bahagian RTB Sempena 40 Tahun Perkhidmatan Televisyen 2015.
JUARA…Pasukan Studio ‘A’yang muncul juara Kejohanan Futsal Antara Bahagian RTB Sempena 40 Tahun Perkhidmatan Televisyen 2015.

Sejumlah 10 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan telah menyertai kejohanan yang mengambil tempat di Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Airport Lama, Berakas itu, tetapi hanya dua buah pasukan daripada setiap kumpulan meneruskan cabaran di peringkat separuh akhir.

Tiga lagi pasukan yang turut bersaing dalam Kumpulan B tetapi gagal layak ke peringkat separuh akhir ialah Rancangan ‘2’, Radio dan Studio ‘B’.

ARTIKEL YANG SAMA