Studio Pinewood dijual 323 juta pound

Studio Pinewood dijual 323 juta pound

LONDON, 28 Julai – Studio Pinewood Britain, tempat filem Harry Potter dan James Bond difilemkan, mungkin dijual kepada sebuah syarikat hartanah pada harga 323 juta pound (AS$426 juta) di bawah satu perjanjian draf yang didedahkan hari ini.

Pinewood ‘mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan itu….dalam syarat kemungkinan tawaran wang tunai bagi Pinewood daripada Venus Grafton,” sebuah subsidiari PW Real Estate Fund, Kumpulan Pinewood berkata dalam satu kenyataan.

Pinewood memiliki studio filem dan televisyen di seluruh dunia termasuk AS dan Kanada, namun perkara utama adalah Pinewood Studio asalnya.

Dibina di barat London pada 1930-an, ia menjadi terkenal sebagai latar bagi wayang klasik Britain.

Baru-baru ini, sebahagian daripada filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ juga difilemkan di sana. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA