Sturridge alami kecederaan

Sturridge alami kecederaan

GATESHEAD, England, 27 Mei – Pemain penyerang England, Daniel Sturridge mengalami satu lagi kecederaan, yang berpotensi menjejaskan peluangnya untuk dipilih bagi persaingan Kejohanan Eropah.

Pengurus pasukan England, Roy Hodgson semalam berkata Sturridge mengalami kecederaan di kaki yang menghalang dari menjalani latihan dan diragukan untuk beraksi dalam perlawanan pemanasan menentang Australia hari ini. Hodgson mempunyai masa
sehingga pada Selasa depan untuk memastikan skuad 23 pemain bagi perlawanan di Perancis nanti.

Perlawanan pertama pasukan England dalam Euro 2016 adalah menentang Rusia pada 11 Jun dalam Kumpulan B.

Sturridge dilanda dengan masalah kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan. Kecederaan terbarunya ini meningkatkan kemungkinan musim dongeng pemain penyerang Manchester United yang berusia 18 tahun, Marcus Rashford berlanjutan yang melibatkan persaingan pada Euro.

Hodgson semalam berkata bahawa Rashford akan membuat kemunculan menentang Australia di Sunderland- -sebagai pemain utama jika Sturridge tidak cergas. Rashford hanya membuat kemunculannya bersama United pada Februari lalu.

Marcus Rashford diberikan kepercayaan untuk menggantikan Daniel Sturridge yang mengalami kecederaan. – AP
Marcus Rashford diberikan kepercayaan untuk menggantikan Daniel Sturridge yang mengalami kecederaan. – AP

“Ia adalah jelas Rashford akan memainkan peranan serius dalam perlawanan tersebut,’ kata Hodgson, yang merehatkan Harry Kane dan Jamie Vardy hari ini.

“Saya berasa gembira dengan kedudukan itu, saya berpuas hati dia menangani keadaan itu. Saya lebih memilih, untuk menghindarkan semua keadaan yang akan hadir dengan kemunculan pada usia muda dan selepas peningkatan mendadak itu. Pada ketika ini, ia seperti dia akan beraksi.”

Hodgson sebelumnya berkata dia akan mengumumkan skuad 23 pemainnya sejurus selepas perlawanan Australia, tetapi dia sekarang “membiarkan seboleh yang mungkin.”

“Banyak perkara boleh berlaku dalam bola sepak pada setiap hari,” kata Hodgson. – AP

ARTIKEL YANG SAMA