Sturridge cedera lagi

Sturridge cedera lagi

LONDON, 9 Dis – Penyerang Liverpool Daniel Sturridge menghadapi beberapa minggu di bangku kerana masalah hamstring, menurut laporan media Britain kelmarin.

Pemain kebangsaan England itu mengalami kecederaan selepas bermain pada separuh masa kedua ketika kekalahan menentang Newcastle United 2-0 pada saingan Liga Perdana Ahad lalu.

Sturridge, yang tidak bermain sejak permulaan Oktober akibat kecederaan lutut, kembali kepada kesebelasan utama dengan menjaringkan dua kali pada perlawanan menentang Southampton 6-1 di suku akhir Piala Liga Rabu lepas.

Bekas pemain Chelsea dan Manchester United yang berusia 26 tahun itu juga dihadkan untuk hanya bermain 12 kali buat Liverpool musim lepas. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA