Sturridge gerunkan lawan -Henderson

Sturridge gerunkan lawan -Henderson

LIVERPOOL, 16 Feb – Kapten pasukan Liverpool, Jordan Henderson menegaskan betapa kehadiran Daniel Sturridge memberikan sebab mengapa Liverpool perlu ditakuti oleh pasukan lain.

Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan gol sulungnya dalam liga sejak Oktober lalu ketika kelab dengan jolokan The Reds itu mudah membelasah Aston Villa 6-0, hujung minggu lalu.

“Mana-mana pemain pertahanan dalam dunia pastinya takut untuk berhadapan dengannya. Mereka tahu betapa pantasnya dan bahayanya dia ketika memegang bola,” katanya.

Media melaporkan bahawa Sturridge yang sudah menjaringkan lima gol musim ini mahu meninggalkan Anfield selepas terus dikritik mengenai masalah kecederaan yang sering dihadapi olehnya. – AFP