Sturridge tidak disenarai untuk beraksi di Liga Europa

Sturridge tidak disenarai untuk beraksi di Liga Europa

LONDON, 1 Okt (Reuters) – Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge yang meledak gol pertamanya musim ini, minggu lalu digugurkan pengurus Brendan Rodgers bagi pertembungan Liga Europa bertemu FC Sion, esok.

Keputusan Rodgers tidak menyenaraikan Sturridge adalah bagi persediaan menghadapi pertembungan tetangga Merseyside pertama musim ini bertemu Everton pada Ahad. Everton ketika ini menghuni kedudukan lebih baik berbanding Liverpool di Liga Perdana Inggeris.

Rodgers mengakui akan gembira seandainya England menyenaraikan penyerangnya itu bagi pertembungan terakhir kelayakan Euro 2016, esok dengan aksi dijadualkan minggu depan.

“Dia tidak akan terbabit dalam perlawanan ini (Sion),” kata Rodgers. “Kami mahu dia kekal segar bagi minggu ini. Dia masih berusaha untuk mendapat kembali kecergasan terbaiknya.”

Penyerang England itu terlepas enam bulan terakhir musim lalu akibat kecederaan paha dan buku lali selain lima perlawanan awal EPL musim ini.

Pada perlawanan keduanya selepas kembali pulih, Sturridge meledak dua gol ketika menentang Aston Villa yang jelas menceriakan Rodgers dengan digandingkan bersama penyerang baharu, Danny Ings.

“Jika kami mengekalkan kecergasannya, ia adalah kombinasi yang sebenar. Ia akan menjadi ancaman yang sebenar.”