Sturridge tunjuk bukti

Sturridge tunjuk bukti

BOURNEMOUTH, England, 18 April (AP) – Apabila dia tidak cedera, Daniel Sturridge memberikan bukti yang kuat untuk mewakili England pada Kejohanan Eropah, menjaringkan satu gol dan memberikan umpanan kepada Roberto Firmino bagi gol pembukaan, dalam kemenangan 2-1 Liverpool di Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Joshua King menjaringkan gol sagu hati pada minit ketiga masa kecederaan, hampir mengancam minggu yang begitu baik buat Liverpool, menjelang pertembungan dengan Everton di Anfield Rabu ini.

Liverpool masih boleh mencapai sekurang-kurangnya tangga enam teratas di bawah pengurus Juergen Klopp, yang membuat 10 perubahan kepada pasukan yang menewaskan Borussia Dortmund 4-3 pada Khamis lepas dalam saingan Liga Europa.

Liverpool kini terikat di tangga ketujuh dengan Southampton, sementara Bournemouth kelihatan sudah yakin untuk kekal di dalam liga.

Juergen Klopp meraikan kemenangan bersama pasukannya. – AP
Juergen Klopp meraikan kemenangan bersama pasukannya. – AP

Bournemouth berada di belakang pada minit ke-41, hasil daripada usaha Sturridge yang kemudian dimanfaatkan oleh Firmino. Enam minit kemudian Jordon Ibe melakukan hantaran lintang kepada Sturridge melalui sepakan percuma dan penyerang itu dengan mudah memasukkan bola ke dalam gawang.

Pada separuh masa kedua, apabila bebas membawa bola dengan masa dan ruang selepas hantaran Joel Allen, Sturridge membuat tendangan cip bergaya melewati penjaga gawang, namun cubaannya gagal apabila bola terkeluar, dan dia kemudian meledak bola namun terkena gawang.

King mendapatkan semula satu gol buat Bournemouth di masa kecederaan. Selepas menunjukkan kawalan bola yang mantap yang kemudian meledak bola kencang ke sudut bawah gawang.

ARTIKEL YANG SAMA