SU Amar Pahlawan adakan majlis khatam

SU Amar Pahlawan adakan majlis khatam

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Sekolah Ugama Amar Pahlawan, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6 yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Imam Masjid Sufri Bolkiah, Kampung Perpindahan Burung Pingai, Berakas, Awang Murni bin Haji Nayan dan turut dihadiri oleh guru-guru, ibu bapa dan penjaga murid-murid yang diraikan.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh tetamu kehormat diikut dengan bacaan ayat-ayat lazim, manakala takhtim dibacakan oleh gabungan murid-murid darjah 4 dan 5, dan doa khatam pula dibaca oleh Awang Muhd Naqid Ahwazie bin Ali Khairi, murid Darjah 6.

Sementara itu, Dikir Ashraqal pula dilaungkan oleh para penuntut Darjah 4 dan 5, disusuli dengan penyampaian sijil dan merenjis minyak wangi oleh tetamu kehormat dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Antara sebahagian murid-murid Darjah 6 yang diraikan dalam majlis itu.
Antara sebahagian murid-murid Darjah 6 yang diraikan dalam majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA