SU Amar Pahlawan anjur majlis Khatam Al-Quran

SU Amar Pahlawan anjur majlis Khatam Al-Quran

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Sekolah Ugama Amar Pahlawan Brunei 11 A telah diadakan baru-baru ini bertempat di dewan sekolah berkenaan.

Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada 22 orang lelaki dan 18 orang perempuan, menyertai majlis khatam tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Pengajian Islam (PPI), Awang Mohd Ashanul Azmi bin Haji Serbini.

Majlis itu telah dipengerusikan oleh Guru Besar SU Amar Pahlawan, Awang Rozaimin bin Haji Abdul Rahim.

Acara majlis khatam Al-Quran itu diakhiri dengan penyampaian sijil yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

Antara pelajar Sekolah Ugama Amar Pahlawan yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran.
Antara pelajar Sekolah Ugama Amar Pahlawan yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA