SU Birau anjur majlis khatam

SU Birau anjur majlis khatam

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 9 Sept – Seramai 21 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama (SU) Birau terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan telah diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang diadakan di sekolah berkenaan, kelmarin.

Hadir selaku tetamu khas ialah Pemangku Timbalan Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha dan isteri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu khas dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat Lazim oleh peserta-peserta khatam.

Majlis dimeriahkan lagi dengan suasana bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan terpilih dari Darjah 2 hingga 5 dan bacaan Dikir Asyrakal oleh murid-murid lelaki terpilih.

Dr. Abang Haji Hadzmin hadir selaku tetamu khas Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Birau, kelmarin.
Dr. Abang Haji Hadzmin hadir selaku tetamu khas Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Birau, kelmarin.
Peserta-peserta Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Birau bagi Tahun 2016.
Peserta-peserta Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Birau bagi Tahun 2016.

Di majlis tersebut, tetamu khas dijemput untuk merenjis minyak wangi dan seterusnya menyampaikan sijil khatam kepada peserta-peserta.

Adapun majlis khatam Al-Quran yang diadakan adalah bagi menggalakkan dan memberi dorongan kepada murid-murid di sekolah ini untuk terus berusaha mempelajari serta menghayati Al-Quran sehingga mereka khatam Al-Quran sebelum mereka menamatkan persekolahan agama mereka.

Di samping itu, diharap murid-murid akan dapat mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan pembacaan yang betul, lancar dan bertajwid.

ARTIKEL YANG SAMA