SU Mabohai rai Hari Guru

SU Mabohai rai Hari Guru

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh SU. Mabohai

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Hari Guru terus diingati oleh beberapa buah sekolah dan baru-baru ini, Sekolah Ugama Mabohai turut memberikan penghargaan kepada guru-guru sekolah mereka dalam sambutan yang diadakan di dewan sekolah berkenaan.

Sambutan Hari Guru itu diserikan dengan persembahan pelajar-pelajar pra sehinggalah Tahun 6 antaranya adalah persembahan hafalan surah, nasyid, drama, drama muzikal dan lagu dakwah sebelum diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid dan guru-guru bertuah.

Ia juga dimeriahkan dengan acara memotong kek sambutan sebelum pelajar bersalaman dengan guru-guru yang disayangi.

Antara salah seorang guru menerima hadiah yang disampaikan oleh pelajar.
Antara salah seorang guru menerima hadiah yang disampaikan oleh pelajar.

ARTIKEL YANG SAMA