SU Mabohai rai Hari Kebangsaan

SU Mabohai rai Hari Kebangsaan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Sekolah Ugama (SU) Mabohai di sini, tidak ketinggalan menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di sekolah berkenaan kelmarin.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat yang diketuai oleh Awang Saifuddin bin Abdul Rahman.

Ia diikuti nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai dan kemudiannya peraduan lagu-lagu patriotik bagi Darjah 4, 5 dan 6. Setiap peserta yang menyertai pertandingan tersebut menyampaikan dua buah lagu.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang peraduan lagu-lagu patriotik.

Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam itu antara lainnya bertujuan menyemai semangat patriotik dalam kalangan murid-murid sekolah.

Pelajar turut serta dalam persembahan Hari Kebangsaan sekolah.
Pelajar turut serta dalam persembahan Hari Kebangsaan sekolah.
Penyampaian hadiah kepada pelajar yang memenangi pertandingan.
Penyampaian hadiah kepada pelajar yang memenangi pertandingan.

ARTIKEL YANG SAMA