SU Mabohai rai para pelajar

SU Mabohai rai para pelajar

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Para pelajar cemerlang dan terbaik Sekolah Ugama Mabohai (SU Mabohai) tahun 2015 diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil-sijil yang berlangsung di sekolah berkenaan, di sini, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Guru Besar Sekolah Ugama Mabohai, Awang Emran bin Nayan.

Majlis itu merupakan acara tahunan sekolah yang diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada prefek-prefek dan pelajar yang mewakili sekolah dalam pertandingan anjuran Jabatan Pengajian Islam.

Antara tujuan acara tersebut diadakan adalah bagi menggalakkan para pelajar untuk terus berjaya dan berusaha dalam apa jua bidang.

Para penerima sijil bergambar ramai bersama guru besar sekolah berkenaan.
Para penerima sijil bergambar ramai bersama guru besar sekolah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA