SU Sinaut anjur Majlis Khatam Al-Quran

SU Sinaut anjur Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 28 Sept – Seramai 24 orang pelajar Darjah 6 dari Sekolah Ugama (SU) Sinaut, Tutong 1 yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan sembilan perempuan petang tadi menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Sinaut, Tutong.

Hadir selaku tetamu khas di majlis itu ialah Ketua Unit Amali Ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, Haji Muhammad Mujiburrahman bin Haji Abdul Hamid.

Tujuan majlis itu diadakan adalah bagi memberi dorongan dan galakan kepada pelajar sekolah berkenaan untuk terus berusaha mempelajari serta menghayati Al-Quran sehingga mereka tamat (khatam) 30 juzuk Al-Quran sebelum mereka menamatkan persekolahan ugama selain mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak sekolah dan penjaga murid.

Ia juga diharapkan agar para pelajar berkenaan akan dapat mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan pembacaan yang betul, lancar dan bertajwid.

Para pelajar Darjah 6, SU Sinaut yang diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran petang kelmarin.
Para pelajar Darjah 6, SU Sinaut yang diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran petang kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA