Suai kenal Institut KEMUDA

Suai kenal Institut KEMUDA

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Seramai 158 orang pelajar baru pengambilan sesi September 2015 memulakan kehidupan sebagai pelajar Institut KEMUDA dengan menghadiri Program Suai Kenal yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong, hari ini.

Majlis kendalian Majlis Pelajar institut berkenaan melibatkan kesemua pelajar baru termasuk pelajar baru cawangan Kuala Belait untuk sama-sama mendengarkan taklimat.

Terlebih dahulu majlis dibuka dengan pendaftaran kelab sukan dan permainan sebelum pendaftaran baju rasmi yang kemudiannya disusuli dengan nyanyian lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan doa pembukaan majlis.

Pengarah Urusan Institut KEMUDA seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Eksekutif Institut KEMUDA yang seterusnya merasmikan program berkenaan.

Pelajar perempuan yang mengikuti majlis suai kenal Institut KEMUDA bagi sesi pengambilan bulan September 2015, kelmarin.
Pelajar perempuan yang mengikuti majlis suai kenal Institut KEMUDA bagi sesi pengambilan bulan September 2015, kelmarin.

Pada hari pertama, hari ini, pelajar baru mendengarkan taklimat daripada wakil-wakil pihak pentadbiran KEMUDA, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional Brunei Darussalam dan Takaful Insurans dan Bank.

Sementara itu, pada hari kedua esok semua pelajar cawangan Bandar Seri Begawan akan berkumpul di Taman Jubli Perak bagi menjalani aktiviti bersama perwakilan pelajar Institut KEMUDA, manakala itu, pelajar baru KEMUDA Daerah Belait akan terlibat dengan Program Suai Kenal kedua di Institut KEMUDA Kuala Belait bagi tujuan yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA