Suami cederakan isteri

Suami cederakan isteri

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160412_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Seorang suami dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada isterinya.

Mohammad Yusof bin Haji Latif, 29, didakwa mencekik leher Siti Rafiah binti Haji Rosli, 29, di kawasan letak kereta Sungai Bunga pada 8 April 2016 kira-kira jam 7:30 malam.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Hukuman Jenayah yang membawa pemenjaraan sehingga tiga tahun dan juga denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo dalam sebutan memohon penangguhan kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid membenarkan tertuduh untuk dilepaskan atas ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan, dan menetapkan 14 April untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA