Suami dihadapkan ke mahkamah

Suami dihadapkan ke mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg10_161011_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Seorang warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, kerana cuba mencederakan seorang wanita berusia 55 tahun.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Nirmal Singh a/l Gurdial Singh, 55, yang berdepan pertuduhan cuba mencederakan mangsa, yang juga isterinya dengan menumbuk ke arah mukanya, pada 5 Oktober 2016 kira-kira jam 11 pagi di sebuah pasar raya di Daerah Tutong.

Dakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo di bawah Seksyen 323 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang dibaca bersama Seksyen 511 yang sama, yang membawa hukuman penjara untuk tempoh sehingga tiga tahun dan juga denda.

Timbalan Pendakwa Raya memohon untuk kes ditangguhkan bagi polis menjalankan siasatan dan mengambil keterangan tertuduh, dan juga tidak membantah untuk tertuduh diberi ikat jamin.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membenarkan tertuduh diikat jamin $2,500 atau seorang penjamin tempatan dan turut mengenakan beberapa syarat ketat. Kes akan disebut semula pada 31 Oktober.

ARTIKEL YANG SAMA