Suami isteri selamat, kereta terbakar dalam nahas jalan raya

Suami isteri selamat, kereta terbakar dalam nahas jalan raya

BELURAN, 25 Jan – Pasangan suami isteri terselamat ketika kereta dinaiki terbakar selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Kilometer 44 Jalan Beluran-Telupid, awal hari ini.

Ini berikutan tindakan orang awam yang membantu mengeluarkan pasangan berusia lingkungan 30-an itu dari kereta.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata nahas yang berlaku kira-kira 7.00 pagi itu membabitkan sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Myvi.

Katanya punca kemalangan berlaku apabila pemandu Perodua Myvi yang datang dari arah Telupid hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan Proton Saga.

“Perodua Myvi tersebut terbabas ke kanan jalan dan terhumban ke jurang sebelum terbakar di bahagian hadapan.

HANGUS DIJILAT API ...Sebuah kereta yang dinaiki sepasang suami isteri terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM 44 Jalan Beluran-Telupid, kelmarin. – Bernama
HANGUS DIJILAT API …Sebuah kereta yang dinaiki sepasang suami isteri terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM 44 Jalan Beluran-Telupid, kelmarin. – Bernama

“Pemandu dan isteri sempat menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai,” katanya di sini.

Menurutnya, pasangan itu dan pemandu sebuah lagi kereta cedera ringan. – Bernama