Suami Sandberg mati terhantuk treadmill

Suami Sandberg mati terhantuk treadmill

MEXICO CITY, 5 Mei (AFP) – Eksekutif teknologi Amerika Syarikat (AS), David Goldberg, suami kepada Sheryl Sandberg Facebook, kelihatannya meninggal dunia selepas terjatuh ke atas treadmill dan terhantuk kepalanya, kejadian berlaku di pusat peranginan terkenal di Mexico, menurut pihak berkuasa semalam.

Goldberg, 47, merupakan ketua eksekutif firma pengundian online SurveyMonkey dan suami kepada ketua pegawai operasi Facebook, Sheryl Sandberg. Beliau meninggal dunia serta-merta pada Jumaat, menurut abangnya, yang tidak memberitahu punca kematian.

Para pegawai Mexico pada Isnin mengesahkan dia meninggal dunia di hospital selepas kemalangan senaman semasa percutian bersama keluarga ke pusat peranginan pantai Pasifik di Punta Mita, di negeri Nayarit.

“Saudaranya telah menunjukkan bahawa dia melakukan senaman, dan kemudian mereka menjadi bimbang apabila dia tidak kembali pulang,” kata seorang pegawai di pejabat pendakwa negara.

“Mereka pergi mencarinya dan mendapati dirinya berlumuran darah berhampiran treadmill, nampaknya selepas terjatuh dan terhantuk kepalanya di gimnasium hotel,” kata pegawai yang enggan untuk dinamakan.

Goldberg mengalami ‘kecederaan parah di kepala,’ dan meninggal dunia di pusat perubatan di Nuevo Vallarta, tambah pegawai.

Pengasas Facebook dan CEO Mark Zuckerberg mengatakan Goldberg merupakan ‘orang yang mengagumkan.’