Suami tidak b...

Suami tidak bercakap dengan isteri selama 20 tahun

WALAUPUN hidup bersama di bawah satu bumbung dan membesarkan tiga orang anak mereka bersama, seorang suami dari Jepun tidak pernah bercakap walaupun satu patah perkataan kepada isterinya dalam tempoh 20 tahun.

Tidak semua perkahwinan begitu sempurna, di mana pasangan tersebut hanya berdiam diri dan memberi reaksi yang senyap apabila mereka kecewa.

Sama ada mereka pergi cara berasingan ikut haluan mereka masing-masing atau cuba memperbaiki perkara itu dan terus memandang kehadapan. Tetapi tidak buat Okou Katayama.

Sejak dua dekad yang lalu, beliau hanya menjawab panggilan isterinya, Yumi dengan mengangguk sekali-sekala dan mendengus.

Hubungan luar biasa mereka ini telah didedahkan oleh anak lelakinya yang berusia 18 tahun iaitu Yoshiki, yang merayu kepada rancangan TV Jepun untuk membantu beliau dalam memperbaiki keadaan mereka, apabila dia tidak pernah melihat ibu bapa mereka itu bertegur atau bercakap antara sama sama lain.

Gambar perkahwinan mereka.
Gambar perkahwinan mereka.
Hokkaido TV berjaya mengatur pertemuan pasangan itu di taman awam di Bandar Raya Nara, dengan anak-anak mereka melihat dan mendengarnya dari jauh.
Hokkaido TV berjaya mengatur pertemuan pasangan itu di taman awam di Bandar Raya Nara, dengan anak-anak mereka melihat dan mendengarnya dari jauh.

Dalam surat kepada televisyen Hokkaido, Yoshiki menulis bahawa bapanya akan bersara tidak lama lagi dan beliau bimbang hubungan janggal ibu bapanya itu mungkin berakhir dengan perceraian.

Dia dan adik-beradiknya tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena, di mana mereka tidak pernah dapat mengetahui apakah sebab atau punca di sebalik sikap sejuk Okou ini.

Seperti yang anda boleh bayangkan, keadaan unik ini mendapat perhatian oleh penerbit rancangan itu.

Hokkaido TV berjaya mengatur pertemuan pasangan itu di taman awam di Bandar Raya Nara, dengan anak-anak mereka melihat dan mendengarnya dari jauh.

Yang mengejutkan, Okou telah memulakan perbualan mereka selepas 20 tahun berdiam diri, kata Yumi.

Apabila emosi anak-anak mereka mula merobek dan mengeluarkan air mata, Okou mendedahkan sebabnya kenapa beliau telah berdiam diri untuk sekian lama.

“Awak begitu mengambil berat tentang anak-anak,” katanya. “Saya jenis… cemburu. Saya merajuk kerana itu.

Reaksi anak mereka semasa pertemuan itu berlangsung.
Reaksi anak mereka semasa pertemuan itu berlangsung.
Rasa sebak mula menggamit hati anak pasangan itu.
Rasa sebak mula menggamit hati anak pasangan itu.

“Tidak ada jalan kembali buat masa sekarang, saya rasa.”

Dia sepertinya menyesal kerana tidak bercakap kepada isterinya buat sekian lama.

“Yumi sehingga kini, awak telah menempuh banyak kesusahan. Saya mahu awak tahu bahawa saya sangat terhutang budi untuk segala-galanya, “kata lelaki itu.

Penyelidikan menunjukkan bahawa ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi seorang lelaki untuk merajuk atau merasa diabaikan semasa anak-anak berada di sisi mereka, kerana mereka tidak boleh menerima untuk menjadi yang kedua dalam keutamaan pasangan.

Walau bagaimanapun, keadaan ini biasanya mengakibatkan perkelahian atau kecurangan, maka kelakuan Okou ini boleh dianggap amat jarang berlaku dan unik.

ARTIKEL YANG SAMA