SUAMPRIPAD adakan ceramah motivasi dan keluarga

SUAMPRIPAD adakan ceramah motivasi dan keluarga

Oleh JHB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) baru-baru ini telah mengadakan ceramah motivasi bagi semua pelajar tahun 8 yang di adakan di Bilik Ibadat, sekolah berkenaan.

Ceramah motivasi ini disampaikan oleh Pegawai Kaunselor dari Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, Haji Samli bin Haji Matnor. Dalam ceramah itu, Haji Samli antara lain menyentuh mengenai pentingnya doa dan restu daripada ibu bapa pelajar, petua mudah untuk menjadi pelajar cemerlang dan ciri-ciri pelajar berjaya dunia dan akhirat.

Ia turut dimuatkan dengan aktiviti seperti kuiz soal jawab dan selingan video motivasi.

Sesi motivasi itu diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan.

Salah seorang pelajar menjawab soalan kuiz
Salah seorang pelajar menjawab soalan kuiz

Pada hari yang sama juga, sekolah mengadakan ceramah keluarga sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan. Ceramah bertajuk Keluargaku, Harapanku itu dihadiri oleh semua pelajar Tahun 8 di bilik ibadat sekolah itu.

Ia bertujuan menyedarkan pelajar mengenai pentingnya keluarga harmoni dalam kehidupan mereka, rasa hormat-menghormati dan saling sayang-menyayangi antara satu sama lain di dalam mahupun luar sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA