SUAMPRIPAD juara kejohanan bola jaring

SUAMPRIPAD juara kejohanan bola jaring

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Pasukan Bola Jaring Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) berjaya menewaskan tiga pasukan lain untuk muncul juara dalam Kejohanan Bola Jaring Jemputan Bagi Sekolah-sekolah Arab dan Jabatan Pengajian Islam untuk Semua Guru, Pegawai, Kakitangan dan Penuntut Kali Ke-2 yang berlangsung di Kompleks Sukan Menglait, hari ini.

Hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan berkenaan ialah Timbalan Pengetua SUAMPRIPAD, Hajah Rosnah binti Haji Mohd Taha.

Kejohanan itu menyaksikan sebanyak empat pasukan dari sekolah-sekolah Arab iaitu SUAMPRIPAD, Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan (BSB) dan Sekolah Arab Sungai Akar beraksi menentang dalam beberapa pusingan untuk menentukan juara kejohanan.

Dalam kejohanan itu, Pasukan SUAMPRIPAD muncul juara diikuti oleh Pasukan Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah di tempat kedua dan Pasukan Sekolah Persediaan Arab BSB dan Sekolah Arab Sungai Akar di tempat ketiga.

Hajah Rosnah bergambar ramai dengan juara kejohanan, Pasukan SUAMPRIPAD.
Hajah Rosnah bergambar ramai dengan juara kejohanan, Pasukan SUAMPRIPAD.

ARTIKEL YANG SAMA