SUAMPRIPAD sambut Jubli Emas

SUAMPRIPAD sambut Jubli Emas

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) hari ini meraikan Sambutan Jubli Emas sempena Memperingati 50 tahun peletakan batu asasnya, dengan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Pengetua SUAMPRIPAD, Hajah Rusidah binti Haji Talip dalam ucapannya berkata, SUAMPRIPAD merupakan antara sekolah Arab atau agama peringkat menengah yang mula-mula dibina di negara ini dan peletakan batu asas sekolah ini telah dilaksanakan pada 13 Jun 1966 yang telah diasaskan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Timbalan Menteri Pendidikan menerima anugerah cemerlang.
Timbalan Menteri Pendidikan menerima anugerah cemerlang.
Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin OKML Haji Mohd Yusof semasa menerima anugerah cemerlang dalam kerjaya.
Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin OKML Haji Mohd Yusof semasa menerima anugerah cemerlang dalam kerjaya.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima mantan-mantan pengetua SUAMPRIPAD.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima mantan-mantan pengetua SUAMPRIPAD.

ARTIKEL YANG SAMA