Suara rakyat Iran terhadap pilihan raya presiden

TEHRAN, Iran – Pilihan raya presiden Iran dilihat sebagai satu referendum pada jangkauan Hassan Rouhani kepada negara-negara Barat di mana perjanjian nuklear pada tahun 2015 dengan kuasa-kuasa dunia telah menarik balik sekatan antarabangsa yang melumpuhkan negara itu.

Purata masyarakat Iran telah menyaksikan beberapa faedah dan manfaat dari perjanjian tersebut, menjadikan Rouhani berpotensi dalam usahanya untuk mendapatkan jawatan itu selama tempoh empat tahun.

Ramai daripada rakyat Iran percaya bahawa pilihan raya pada hari ini tidak akan membawa apa-apa perubahan besar dari segi siapa yang memenanginya. Calon reformis dan para wanita sekali lagi dikecualikan daripada pengundian ini oleh jawatankuasa tapisan. Lebih daripada 1,600 calon yang mendaftar diri, hanya enam sahaja dibenarkan bertanding dalam perlumbaan tersebut. Kuasa mutlak kekal kepada pemimpin tertinggi.

Anggota kuat cuba menyokong Ebrahim Raisi, yang dianggap sangat dekat dengan Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei. Rouhani kekal menjadi pilihan dalam pilihan raya ini. Setiap presiden Iran sejak tahun 1981, apabila Khamenei sendiri mengambil jawatan presiden, telah memenangi pilihan raya semula. Berikut adalah pendapat beberapa penduduk Tehran terhadap pengundian ini.

Hassan Rouhani semasa berada di landasan lapangan terbang antarabangsa Hasheminejad di bandar timur laut Mashhad. – AFP
Hassan Rouhani semasa berada di landasan lapangan terbang antarabangsa Hasheminejad di bandar timur laut Mashhad. – AFP
Penyokong Hassan Rouhani menghadiri perhimpunan kempen di stadium Takhti di bandar timur laut Mashhad. – AFP
Penyokong Hassan Rouhani menghadiri perhimpunan kempen di stadium Takhti di bandar timur laut Mashhad. – AFP

Adakah anda akan mengundi dan mengapa?

Abbas Behtash, 61, jurujual peralatan dapur di Tehran’s Grand Bazaar:

“Saya belum membuat keputusan untuk mengundi lagi kerana calon tidak mengambil kira terhadap keadaan belia kita dan masa depan mereka. Masyarakat mempunyai kesukaran dalam menjalani kehidupan mereka masing-masing.”

Hamidreza Ghorbanpour, 31, jurujual lampu rumah:

“Tidak, saya tidak akan mengundi kerana saya tidak mengetahui mana-mana calon ini dengan baik dan saya tidak mempercayai mana-mana daripada mereka.”

Alimardan Lotfi, 50, mekanik kereta:

“Setiap warga Iran perlu mengundi kerana untuk mementang musuh-musuh negara saya. Ia adalah satu kewajipan.”

Apakah isu yang paling penting bagi anda dalam pilihan raya ini?

Majid Razavi, 50, pemandu teksi:

“Saya berpendapat bahawa cabaran terbesar dalam negara kita adalah kehidupan rakyat kita, yang mengakibatkan tidak terurus. Jika presiden itu bijak dalam mengendalikan aset-aset rakyat, ia mungkin akan dapat memperbaiki keadaan.”

Somayeh Farokhnejad, 25, pereka pakaian wanita:

“Lapan puluh peratus daripada anak-anak muda yang saya ketahui … tidak mempunyai matlamat hidup untuk masa depan mereka. Kesemua mereka adalah penganggur dan mereka mempunyai ijazah sarjana… Kebanyakan daripada mereka ingin berhijrah dari Iran untuk mengambil peluang yang lebih baik dan berkata keadaan di Iran masih tidak menentu.”

Abbas Behtash. – AP
Abbas Behtash. – AP
Hamidreza Ghorbanpour. – AP
Hamidreza Ghorbanpour. – AP
Majid Razavi. – AP
Majid Razavi. – AP

Maryam Amir Moezi, 26, doktor gigi:

“Apa yang paling penting bagi kami adalah hidup dalam sebuah negara yang aman. Bagi sebuah negara yang aman, ia perlu mewujudkan hubungan baik dengan negara lain. Ianya tidak baik bagi kami apabila dianggap sebagai sebuah negara diktator atau sebagai pengganas oleh negara-negara lain.”

Siapakah calon yang anda sokong dan mengapa?

Alimardan Lotfi:

“Saya adalah seorang pejuang veteran peperangan, akan tetapi kerajaan telah melupakan kami. Saya rasa Raisi mempunyai rancangan yang lebih baik terhadap kelas pekerjaan seperti saya.”

Abolfazl Torkmani, 22, pelajar undang-undang:

Rouhani, kerana “negara kami telah diketepikan oleh pihak antarabangsa namun dalam tempoh empat tahun lepas, kita telah melihat sisi politik antarabangsa beliau terhadap negara ini dan kami telah keluar dari pengasingan. Ini adalah suatu yang hebat.”

Adakah anda berpuas hati dengan calon-calon yang ada?

Maryam Amir Moezi:

“Saya berharap (Mohammad Javad) Zarif, (Menteri Luar Iran), telah mencalonkan dirinya untuk pilihan raya. Saya percaya kepadanya, sebagai seorang yang berpendidikan yang boleh berbahasa Inggeris dengan fasih dan berkomunikasi dengan negara-negara lain dengan baik.”

Somayeh Farokhnejad. – AP
Somayeh Farokhnejad. – AP
Maryam Amir Moezi. – AP
Maryam Amir Moezi. – AP
Mahdieh Esmaeili. – AP
Mahdieh Esmaeili. – AP

Mahdieh Esmaelili, 41, pereka fesyen:

“Secara jujur ??saya katakan, saya menyukai Ahmadinejad, namun tidak termasuk dalam pilihan raya pada kali ini.”

Sholeh Talaeipour:

“Enam calon atau 100 calon tidak menjadi hal. Apabila tangan presiden terikat, apabila seorang presiden itu tidak mempunyai apa-apa kuasa, apa yang perlu kita harapkan untuk berubah? Apa yang boleh diperbaharui?”

Sejauh manakah pentingnya pilihan raya presiden ini buat anda?

Azizollah Azizi, 79, tukang jahit:

“Kita mesti mengambil bahagian dalam pilihan raya ini. Sesiapa sahaja yang patriotik dan penduduk negara mesti meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka. Jika anda tidak menyukai seseorang calon itu, anda harus menolak pengundiannya atau sebaliknya.”

Hamidreza Ghorbanpour:

“Kalau ada demokrasi sebenar di negara kita, rakyat mungkin akan dapat meluahkan perasaan mereka dengan senang hati dan mungkin akan memberi kesan terhadap nasib negara ini.”

Alimardan Lotfi:

“Anak-anak kita tidak mempunyai pekerjaan. Kami mahu mempunyai kehidupan yang selesa. Kami berkerja keras untuk mendapatkan pendapatan bagi menampung kehidupan seharian. Kadang-kadang apa yang kami perolehi hanya mampu bertahan untuk sehari. Presiden seterusnya ini perlu mendengar rintahan masalah rakyatnya.” – AP