Suarez: Barca...

Suarez: Barca ‘mesti’ kejar Real

MADRID, 9 Jan – Pemain penyerang Barcelona, Luis Suarez (bawah) menegaskan pasukan Catalans ‘mesti’ mengejar Real Madrid di tangga teratas La Liga, biarpun semakin tercicir dengan juara Eropah itu selepas seri 1-1 di Villarreal semalam.

Walaupun sepakan bebas menarik pada minit-minit akhir menerusi Lionel Messi tidak dapat menghalang Barca ketinggalan lima mata di belakang Madrid, yang juga memiliki satu perlawanan di tangan, selepas Nicola Sansone meletakkan Villarreal di depan lima minit selepas rehat.

Keputusan seri itu meletakkan aksi kembali yang hambar dalam aksi tahun baru bagi Barca selepas tewas dalam perlawanan pertama persaingan Copa del Rey mereka dalam 16 pasukan terakhir di Athletic Bilbao pada Khamis lalu.

“Kami sedar kami adalah Barcelona dan kami mesti untuk berjuang bagi semua gelaran,” Suarez memberitahu stesen TV Sepanyol, Movistar.

Barca menghoskan Bilbao dalam perlawanan ulangan pada Rabu, yang berharap untuk menghindarkan penyingkiran persaingan Piala pertama kepada pasukan lain selain daripada Madrid sejak 2008.

“Apa yang penting sekarang adalah persaingan Piala pada Rabu,” tambah Suarez.

“Kami perlu keluar dari minit pertama untuk memenangi perlawanan itu dan mara.”

Suarez mempamerkan permainan senyap di depan gawang ketika kebanyakan peluang Barca dihasilkan oleh rakan penyerang, Neymar dan Messi.

“Mereka menunjukkan sepanjang musim bahawa mereka sukar untuk disaingi di gelanggang sendiri. Kami memiliki peluang kami pada separuh masa kedua, tetapi kami tidak berjaya sehingga jaringan daripada Leo,” tambah Suarez.

“Kami melepaskan dua mata, tetapi kami perlu bekerja keras.” – AFP