Suarez belum cergas 100%

Suarez belum cergas 100%

GLENDALE, AS, 9 Jun – Luis Suarez berkemungkinan terlepas aksi kedua Uruguay dalam kempen Copa America Centenario menentang Venezuela selepas bergelut dengan masalah kecederaan hamstring, kata jurulatih, Oscar Tabarez, semalam.

Uruguay dijadual bertemu Venezuela, esok dalam aksi Kumpulan C di Philadelphia, di sini dengan sasaran tinggi untuk bangkit selepas mengharungi kekalahan kepada Mexico pada perlawanan pembukaan, Ahad lalu.

Begitupun, Uruguay tiba ke perlawanan itu dengan dua persoalan cukup besar, mengetahui kekalahan kedua akan menyingkirkan mereka selain tanpa Suarez yang beraksi cukup cemerlang bersama Barcelona, musim lalu.

“Luis Suarez masih dalam proses pemulihan, ia adalah hari ke-17 buatnya dan dia masih belum bersedia. Jika ia berterusan seperti itu, dia tidak akan bermain,” kata Tabarez ketika sidang media.

(Dari kiri) Pemain Uruguay, Alvaro Pereira, Luis Suarez, Egido Arevalo Rios dan Edinson Cavani menjalani latihan di Philadelphia kelmarin menjelang perlawanan Copa America Kumpulan C menentang Venezuela. – AFP
(Dari kiri) Pemain Uruguay, Alvaro Pereira, Luis Suarez, Egido Arevalo Rios dan Edinson Cavani menjalani latihan di Philadelphia kelmarin menjelang perlawanan Copa America Kumpulan C menentang Venezuela. – AFP

pg22_160610_CopaAmericaLogo

Pengurus veteran Uruguay itu turut menambah dia juga mungkin tidak akan menurunkan Suarez di sepanjang kejohanan kali ini bagi memberi tumpuan tahap kecergasannya berada di tahap terbaik bagi mengharungi saingan kelayakan Piala Dunia selepas ini.

Uruguay ketika ini mengungguli kempen kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan selepas mengharungi enam perlawanan.

“Dia adalah pemain yang penting dan ini adalah kejohanan yang penting namun apa yang paling utama bagi kami adalah untuk layak ke Piala Dunia,” kata Tabarez.

“Kami ketika ini sedang mendahului dan sumbangan daripada Suarez amat penting,” katanya. Suarez, 29 berdepan kecederaan hamstring kanannya pada 22 Mei lalu ketika Barcelona menjuarai Piala Raja Sepanyol dengan menewaskan Sevilla. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA